
Jadikanlah masa yang berlalu itu  pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan  amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah ditutur tanda syukur kita padaNya kerana kita masih lagi  dikurniakan nikmat iman dan islam. Apa khabar iman kita hari ini? Menaik atau menurun? Tepuk dada tanya iman masing-masing.
Tik..tik..tik..masa berdetik pantas. Tanpa sedar atau tidak kita semua sedang berada di bulan Rejab yang istimewa. Artikel kali ini ditulis berkisar peristiwa yang berlaku di sebalik bulan Rejab yang mulia ini. Artikel ini dicopy dari laman blog www.faizalr.com. Mari sama-sama kita hayatinya.
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami  pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.  Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam  ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian  dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W.  Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".  Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk  ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan  "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke  Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A.  W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di  tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),  Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang  sebanyak dua  rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.  Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan  hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu  daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam  perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin  'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa  simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam  dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah)  yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku  berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum  yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak  700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§  Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :  Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama  suaminya dan  anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk  menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh  beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali  dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian  dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah  orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§  Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)  dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka  makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah  orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu  kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk  sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki  dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu  masing-masing mempunyai isteri /  suami.
§ Lelaki yang berenang  dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang  makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak  terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:  Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah  yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir  mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting,  lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang  yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak  melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan  kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging  manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§  Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak  dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang  bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,  tapi sudah terlambat.
§  Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.  Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika  Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan  mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua  duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A.  W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan  umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan  Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur  dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya  di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam  masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan  mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu  dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih  susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda  membuat pilhan yang betul.  Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3.  Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan  Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail  naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu  Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail  masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian  dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan  melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan  buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i.  Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua,  lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii.  Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii.  Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris  A. S.
iv. Langit Kelima: Naik  tangga langit kelima. Bertemu dengan  Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v.  Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.  Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh  oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,  termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit  Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu  bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di  Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A.  W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah  pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka  berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah  HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.  S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,  syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima   kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH  ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-  'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan  ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa  peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam  Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas  Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut  "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.  Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:  Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu  lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan  bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas  berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda  Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus  masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan  melihat neraka  berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di  sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W.  masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat  melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di  dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada  masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh:  Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab  lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas  sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah  S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah  kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb.  Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia  kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan  Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau  kurniakan  kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun  dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.  Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat  menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau  lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu  sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan  amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan  umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu  pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak  aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di  akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku  berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar  makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka  Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan  atasmu  dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai  munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian  Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu  kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu  sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan  lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu  sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5.  Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula.  Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan  pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda  bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)  peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat  peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan  sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah  kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.  Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik  peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi  perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan  pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi  keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada  kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini  dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu  mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.  Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah  percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di  zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai,  malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada  mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu  merupakan ujian dan  mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.  Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan  kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(١
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
wallahua'lam..
*Klik di sini untuk peristiwa lain yang juga berlaku di bulan Rejab ini.
*Semoga artikel kali ini mampu memberi kesan kepada diri kita supaya terus koreksi diri ke arah kebaikan.
*Maaf jika terdapat kekurangan dalam penyampaian.








1 ulasan:
Semoga posting ini bermanfaat buat semua. Syukran.
Post a Comment