BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tak Kenal Maka Tak Cinta.....


PENGENALAN

Mahasiswa merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Pemilihan pemimpin didahului dengan melihat kepada pencapaian akdaemiknya. Realiti menunjukkan bahawa kebanyakan mahasiswa tidak kira daripada institusi pengajian awam mahupun swasta mampu untuk mendapatkan keputusan yang amat cemerlang di dalam bidang pengajian masing-masing.Realiti juga membuktikan bahawa kebanyakan para mahasiswa semakin terkikis akhlaknya apabila bertambah ilmunya. Pembinaan sesebuah negara bukanlah hanya terbina dengan fizikal bangunan sahaja bahkan ia mestilah seiring dengan pembentukan rohaniah dalam diri. Justeru itu,kami mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang mana akan melahirkan individu yang berkebolehan di dalam bidang akademik serta amat berkebolehan di dalam bidang agama. Seterusnya,menjadi modal insan yang terbaik di masa hadapan

VISI.

Melahirkan mahasiswa yang cemerlang di dalam bidang akademik di samping mempunyai kefahaman yang mendalam di dalam bidang agama.

MISI
  • Memperkasakan ilmu di samping akhlak secara berterusan.
  • Memperjuangkan kebajikan dan keadilan bersama.
  • Menyerbarkan dakwah secara professional di semua peringkat.
  • Mempromosikan sistem Perbankan dan Kewangan Islam.


         MATLAMAT


1. Memperkenalkan konsep kasih sayang yang disarankan islam ke arah memupuk persaudaraan,keharmonian,kesejahteraan dalam kehidupan.
2. Membimbing ahli PERMAIYA untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentag nilai-nilai moral melalui program-program yang dirancang.
3. Mengadakan lawatan ke institusi yang berkaitan bagi mededahkan mahasiswa dengan bidang professional.

istareh ..