BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

Berkunjung ke Taman Kurnia

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabtu, 27.02.2010, ahli persatuan mahasiswa Ikip-Yarmouk(Permaiya) telah dijemput oleh KRT Taman Kurnia Jaya untuk bersama-sama memeriahkan majlis gotong royong & jamuan perpaduan yang dianjurkan mereka.

Program yang bermula seawal 7.45 pagi itu dimulakan dengan sarapan pagi dan ucapan perasmian oleh pengerusi KRT Taman Kurnia.

Ketibaan pelajar Ikip-Yarmouk pada pukul 8.30pagi disambut dengan meriah warga kampung. Kawasan gotong-royong dibahagikan kepada 4 kumpulan yang masing-masing diketuai oleh AJK KRT sendiri. Program berjalan sambil diiringi muzik-muzik kontemporari. Semua peserta kelihatan begitu bersemangat ketika diiringi muzik yang dimainkan.
Program diserikan lagi dengan ketibaan pihak Bomba dan Majlis perbandaran Kuantan(MPK).

Keadaan cuaca yang panas mendung tanda rahmat Allah s.w.t sepanjang program dijalankan membantu dalam kelancaran program kali ini. Syukur. Yang menariknya, program ini turut disertai kaum Cina menandakan kesepakatan yang erat antara penduduk.

Sekitar jam 1 petang, program diakhiri dengan sua kenal bersama ajk KRT dan jamuan makan tengah hari. Semua peserta pulang dengan senyuman. Kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang...k

wassalam..(Kita dalam rancangan ape adik-adik?...mari mengecat!..peace!)(Kuasa tolakan air yang mampu menghilangkan terus kotoran yang ada di badan anda..cubalah!)

(uncle..kami nak ang pow lepas bergambar ni ye..he3)

(huh?pe?kt ne?ok2..Roger and out!)
(kawan da tak sanggop..kawan nak makan da..lapo da ni)

(k.nab,.ckup ke tuk kite ni?..k.nab:tak pe dik..hidup ni kite kene la byk memberi..hu2) (bergambar kenangan bersama KRT dan warga Taman Kurnia)

Friday, February 26, 2010

Kursus Kepimpinan Pemantapan Oraganisasi 2010


KURSUS KEPIMPINAN PEMANTAPAN ORGANISASI 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Khamis,25.02.10-Kompleks Yayasan Pahang, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa IKIP telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemantapan Organisasi 2010. Tujuan utama diadakan kursus ini adalah bertujuan untuk memupuk kerjasama dan kefahaman yang mendalam di antara persatuan-persatuan yang berdaftar di kolej IKIP dengan pihak pengurusan IKIP. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi (MT) di dalam setiap persatuan di kolej IKIP. MT Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) juga turut hadir sebagai peserta memeriahkan program.
Kursus dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 ptg. Modul dibentangkan oleh pengurus Jabatan Hal Ehwal Pelajar sendiri-En.Yuzri Izli. Modul yang dibentangkan merangkumi dari aspek kepimpimpinan individu hinggalah kepada kepimpinan organisasi. Penyampaian diberikan dalam keadaan yang santai. Soft skill antara kemahiran yang paling dititikberatkan. Dari cara berpakaian sehinggalah cara percakapan, semuanya dijelaskan secara terperinci sepanjang perjalanan kursus. Akhirnya, semoga para MT yang terlibat secara langsung di dalam kursus tersebut dapat menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memantapkan lagi Persatuan Permaiya kita ini. Majulah bersama Permaiya! (En.Yuzri yang sedang menyampaikan ceramahnya) (Ahli MT Permaiya yang turut dijemput memeriahkan program) (ni la part yang paling best sepanjang program..)

Sunday, February 21, 2010

pasukan nasyid ke Terengganu

(piala Rabbani 2010)
assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim..

Jumaat, 19.02.2010 , Kolej Ikip telah menghantar 3 pasukan nasyid ke pertandingan Piala Rabbani yang diadakan di Taman Tamdun Islam. 3 pasukan itu ialah nur iman(pertama),The Zikr(Yarmouk),In Soft(Yarmouk).
Apa yang membanggakan ialah 2 daripada kumpulan tersebut adalah daripada kalangan ahli Permaiya.
Para penasyid Ikip tiba sehari awal sebelum pertandingan ke Kuala Terengganu membuktikan kesungguhan mereka merangkul Piala Rabbani siri-1 tahun ini. Mereka diiringi Cik Fairuz selaku 'pencungkil bakat' dalam diri anak-anak muda ini. Terima kasih buat beliau.
Persediaan yang mantap dari kumpulan-kumpulan penasyid ini telah ditunjukkan mereka semasa di dalam peringkat latihan lagi.
Paduan suara yang bertenaga dan alunan harmoni backup mereka dimantapkan lagi setibanya mereka di Mawar Homestay.
Pertandingan yang diadakan pada hari keesokan harinya, sabtu, diserikan dengan pelbagai jenis fesyen pakain dari kumpulan yang bertanding. Terdapat 28 kumpulan yang mengambil bahagian.
Kumpulan Nur Iman dan kumpulan In Soft dapat giliran pada pagi manakala The Zikr pada sebelah petang.
lagu yang dibawa mereka, nur iman(pergi tak kembali), In Soft (habiballah Rasulullah), The Zikr(sahabat sejati). Wakil Ikip dikatakan paling memberi saingan di dalam pertandingan tersebut(menurut seorang budak 5 tahun yang ditemu ramah krew Permaiya).
Pertandingan diadili seadil-adilnya termasuklah seorang komposer terkenal nasyid Ito Lara.
Acara penutup diakhiri dengan nyanyian mantap kumpulan Rabbani. Penyampaian hadiah diadakan selepas itu.
Piala Rabbani jatuh ke tangan All For Ummah dari SMKA(tak igt sek mana). Adat pertandingan ada menang dan ada kalah. In Soft dan The Zikr telah melakar satu sejarah yang 'baru' di bumi Terengganu itu dengan berjaya mewakili dan mengharumkan nama Ikip di sana. Sekurang-kurangnya mereka telah berusaha. Tahniah buat mereka..

wassalam.


(Tiba di Terengganu dengan wajah yang bersemangat!..)
(berlatih sampai 1 pagi..ohhhhhoo)

(Barisan mantoop kumpulan The Zikr)

(Bergaya dan harmonist kumpulan In Soft)
(urusetia dan juri yang terdiri daripada kalangan yang terbaik di dalam industri nasyid)
(acara penutup diserikan dengan nyanyian dari Rabbani)

Wednesday, February 3, 2010

Anda Semakin Matang Bila...

Tanda-tanda kematangan
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad



Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

istareh ..