Laporan penuh Perjalanan Program Kursus Fasilitator
Anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa IKIP-Yarmouk(PERMAIYA). Program diletakkan di bawah kelolaan Lajnah Disiplin dan Kaunseling. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam di Institut Integriti Negeri(IIN), Teluk Kalong, Terengganu.
20 Januari 2010
1.0 Bertolak dari IKIP
Dua buah bas telah disediakan, peserta lelaki berhimpun dan bertolak dari IKIP 5 manakala peserta perempuan dari SPS.
2.0 Tiba di Institut Integriti Negeri(IIN) Terengganu.Pada jam tepat pukul 9.00 pagi, para peserta tiba di destinasi dan dibawa ke tempat penginapan untuk beristirehat.
3.0 Taklimat
Sebelum memulakan sebarang aktiviti para peserta diberikan taklimat mengenai kawasan penginapan daripada pihek pentadbir untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diigini berlaku. Taklimat juga diberikan oleh Pihak Penyelaras Program sebagai pengenalan program yang akan berlangsung.
4.0 SLOT 1
Slot ini dijalankan dengan satu ceramah ringkas oleh Penolong Pengurus HEP(unit Latihan & disiplin) Pn. Wan Kalsom Binti Wan Abd Munim (kak Wan) yang bertajuk Fasi Cemerlang, IKIP cemerlang.Ceramah ini merupakan pembuka selera kepada para peserta.
5.0 LDK 1-2
LDK ini dikendalikan oleh kak Wan. Peserta diberikan pelbagai aktiviti yang menarik dan LDK ini juga diberi nama ice breaking. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir tepat pukul 4.30 petang.
6.0 Riadah
Setelah selesai menunaikan solat fadhu Asar, peserta diarahkan untuk berhimpun di kawasan lapang unutk beriadah. Aktiviti ini mengkehendaki para peserta berkawad dan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
7.0 Tazkirah
Sebagai asas pemantapan rohani, para peserta disajikan dengan tazkirah yang juga disampaikan oleh peserta yang terpilih. Saudara Firdaus telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah pada kali pertama ini.
8.0 LDK 3-4
Sesi ini bermula pada pukul 9.00 malam. Pada LDK ini peserta diberi tugasan dalam kumpulan(kumpulan kawad) untuk membincangkan mengenai tokoh-tokoh pemimpin negara. Pembentangan kumpulan ini akan dilakukan pada sesi yang berikutnya. Disebabkan perbincangan ini mengambil masa yang agak panjang, peserta diberi peluang unutk berbincang hingga ke larut malam.
21 Januari 2010 9.0 Senamrobik
Sebelum sebarang aktiviti dilakukan, peserta dikehendaki bersenam untuk kesihatan badan, dan kecerdasan minda. Strecthing adalah salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh setiap peserta sebelum memulakan aktiviti berjoging di sekeliling kawasan penginapan.
10.0 LDK 5-6
Pada LDK kali ini peserta dibahgikan kepada kumpulan yang baru. Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta dikehendaki memilih nama kumpulan ,melantik ketua dan lain-lain lagi. Secara umumnya, LDK ini membolehkan peserta mengenali anggota kumpulan masing-masing dengan lebih rapat.
11.0 LDK 7-8
Dalam kumpulan yang sama(kumpulan LDK5-6), setiap kumpulan diarahkan untuk membentuk tanah liat kepada sebuah rumah idaman. Aktiviti ini memerlukan setiap anggota kumpulan menggabungkan kepakaran dan idea masing-masing dalam proses pembentukan rumah tersebut.
12.0 Rehat dan Solat
Para peserta dibenarkan untuk berehat dan bersolat dalam masa 1 jam setengah.
13.0 Pembentangan LDK 3-4
Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka dengan menarik sekali dengan pembentangan yang kreatif dan bervariasi. Pembentangan bertujuan untuk melatih para peserta untuk lebih yakin dan berani untuk bercakap di hadapan orang ramai.
14.0 Riadah
Pada riadah kali ini, peserta diberi pelepasan untuk melakukan aktiviti masing-masing. Ada dia antara peserta mengambil peluang ini untuk bersukan seperti bermain takraw, bola tampar pantai dan galah panjang. Peserta diarahkan pulang tepat pada pukul 6.30 petang.
15.0 Tazkirah
Tazkirah kali ini disampaikan oleh peserta Mohd Syafiq iaitu peserta dari semester 3.
16.0 Pembentangan idea
Aktiviti kali ini memberikan tugasan kepada setiap kumpulan untuk membuat satu simulasi program motivasi. Para paserta perlu memerah otak untuk menghasilkan sebuah program motivasi yang menarik. Selesai sahaja sesebuah simulasi, peserta akan menerima komen dari Kak Wan untuk memperbaiki prestasi simulasi yang telah disampaikan di masa yang akan datang.
22 Januari 2010
17.0 Sambunag Pembentangan Idea
Disebabkan faktor kekurangan masa, pembentangan idea yerpaksa disambung hingga ke hari terakhir program. Pembentangan idea ini berakhir kira-kira pukul 11.30pagi.
18.0 Penutup
Prigram kali ini ditutup dengan sedikit ucapan daripada pegawai IKIP
19.0 Makan Tengahari
Peserta disajikan hidangan yang dimasak khas sempena penutup kepada program kali ini iaitu Nasi Ayam. Selepas menikmati juadah, para peserta lelaki bergegas pulang ke asrama untuk bersiap solat Jumaat di masjid berhampiran.
20.0 Bertolak Pulang ke Kuantan
Sebelum bertolak pulang, sebuah sesi bergambar telah diadakan. Kesemua peserta dan pegawai yang menghadiri program kali ini bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Bas IKIP tiba di kawasan program tepat pada pukul 4.30 petang dan para peserta pulang dengan perasaan gembira dan semestinya membawa satu pengalaman yang bermakna dan sukar diperolehi.
0 ulasan:
Post a Comment