BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

Bacalah Sahabatku

(gambar hiasan)
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t....

Dalam islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kwan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru,jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.
Selari dengan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Seseorang itu adalah mengikut agana temannya,oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya"(H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab,"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akn mencarikkan baju kita."
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya :"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahanat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akn menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jiak kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenala-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Mendalam pengetahuanNya."

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya"(H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


wassalam...

0 ulasan:

istareh ..