BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 1, 2010

Klik-klik



Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Sudah berminggu lamanya blog ini sunyi dari khabar beritanya. Berminggu juga lamanya sudah kami semua(sem 2&sem 4) menamatkan pengajian kami di IKIP International College bagi sesi 09/10. Tahniah diucapkan buat semua ahli Permaiya. Tahniah juga buat semua senior yang berjaya mengharungi 2 tahun pengajian di IKIP dengan jayanya. Selamat maju jaya di Universiti Yarmouk nanti untuk tahun pengajian yang berikutnya. Nanti kami pula ya..he2. Amin..

Banyak Cerita

Banyak yang telah berlaku dalam masa perkenalan kita dalam dua tahun ini. Ada suka, ada duka, ada pahit, ada manis, tetapi apabila semuanya digaul dan dicampur dengan karenah-karenah kita, semuanya menjadi satu ramuan unik yang hanya kita yang mampu merasainya. Banin dan banat, keduanya sama sahaja. Ada sahaja peristiwa yang mencuit hati, yang mengguris hati dan bermacam lagi. Itulah kita. Unik!




Ada juga aktiviti yang dijalankan semenjak dari selepas tamatnya imtihan nihaie kita. Pembubaran MT Permaiya, Haflah Wida`, Baktisiswa dan Lawatan ke Kuala Lumpur. Maaf buat semua kerana saya tidak dapat menulis post aktiviti tersebut dengan terperinci. Biarlah gambar yang saya sertakan sahaja yang menceritakannya ya.

Aktiviti Semasa Cuti

Rata-rata rakan-rakan semuanya bekerja menempuh cuti semester selama 4 bulan ini. Tidak kurangnya ada juga yang pergi menuntut ilmu. Ada juga yang menjadi fasilitator KIBA. Ada juga yang menjalankan amanah sebagai MPP IKIP. Apa yang penting adalah setiap pekerjaan itu dilakukan dengan istiqamah.

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في

الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :

- perbetulkan aqidah

- beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.

- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan

- beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqomah :

- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).

- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.

- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.

- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :

- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).

i) Istiqomah Hati : - sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.

ii) Istiqomah Lidah :

- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.

- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Pengajaran hadis:

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

Result

Dup dap..dup dap..
Bila result keluar?Minggu depan?Bulan depan?..
Tarikh sebenar masih lagi menjadi tanda tanya.
Jadi, dalam fatrah penantian kita semua result final exam, perbanyakkanlah tawakkal kita kepada Allah, mudah-mudahan kita semua berjaya mendapat keputusan yang dinginkan. Doa sebagai ikhtiar terakhir kita setelah menggembleng segala tenaga dan usaha kita.

Akhir kata, selamat menempuh cuti semester antum semua dengan jayanya dan all the best untuk result kita semua. Saya akhiri post kali ini dengan pantun special untuk seniors.

DARI MANA HENDAK KEMANA,
TINGGI RUMPUT DARI KEPADI,
HARI MANA BULAN YANG MANA,
DAPAT KITA BERTEMU LAGI

ORANG ACEH SEDANG SEMBAHYANG,
HARI JUMAAT TENGAH HARI,
PERGILAH KASIH PERGILAH SAYANG,
PANDAI-PANDAI MENJAGA DIRI

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI..

Sekian, wassalam..

*gambar tidak banyak di upload disebabkan kekurangan sumber..maaf ya.


haflah wida`..seniors bersama para pensyarah yang disayangi..


Baktisiswa Gemilang 2010..persembahan silat anak-anak Kg.Spg.Sepayang..

Baktisiswa Gemilang 2010..majlis penyerahan anak angkat


Baktisiswa Gemilang 2010..Tok Pat

Lawatan Sambil belajar ke Kuala Lumpur 2010..
kubah di dalam Muzium Kesenian Islam Malaysia

Sunday, May 23, 2010

Are You Ready?!

Examination Timetable For Sem 2 & 4



Attention!
Schedule on 01/06/10(tuesday) shifted to 30/05/10(sunday)..
please note that.

and all the best!..

Sunday, May 9, 2010

Final Exam..



Oleh : NJ maniac
Editor: naadherah


“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Kursus Asas Dialek Jordan



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

شو أخبارك؟

Minggu lepas, pada hari Sabtu bersamaan 1 Mei, ia merupakan detik yang bersejarah buat kami semua warga ahli Permaiya. Kami telah diundang oleh Ibtikar Arabic Consultancy bagi bersama-sama menjayakan kursus asas dialek Jordan.

Kursus seperti ini sememangnya yang ditunggu-tunggu oleh kami. Sesuai untuk kami yang mana akan berangkat ke Jordan tidak lama lagi.

Memang tidak dinafikan bahasa arab fushah yang perlu dititik beratkan, tetapi dialek ini merupakan suatu keperluan untuk kami bagi memudahkan segala muamalat kami di sana(Jordan) nanti.

Seminar disampaikan dalam keadaan santai dan menghiburkan. Penyampai terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang berpengalaman yang juga merupakan graduan lepasan timur tengah.

Kursus itu dijalankan dalam suasana yang kondusif lengkap berhawa dingin bertempat di dewan seminar Akademi Latihan Felda(ALAF), Bukit Goh.

Sebelah pagi, kami diberikan gambaran secara teoritikal tentang dialek Jordan manakala di sebelah petangnya, praktikalitinya pula dalam bentuk persembahan berkumpulan.

Sepanjang kursus, kami didedahkan dengan cara bertutur bahasa arab di dalam dialek Jordan yang betul. Ia merangkumi dari segi kaedah pertuturan, penukaran huruf, dan uslub harian yang digunakan masyarakat Jordan.

Kami dapati uslub dan cara pertuturan dialek ini ternyata lebih ringan di lidah kami. Ada yang di antara kami yang sudah mampu menguasai dialek ini dengan cukup baik.

Kursus itu berakhir sekitar jam 5 pm. Kami pulang menaiki bas IKIP..

Dan sejak itu, kami telah jadi orang Jordan..

akhir kata...

!لازم تدرس ازا بدك تنجح

mafhum:mesti la belajo kalau nak berjaye!

Tislamu..wassalam...

*Asif buat semua yang tiada gambarnya..

masing-masing sibuk berlatih bertutur dialek Jordan..
Sibuk bertutur dialek Jordan sesama sendiri..
#1:Ketua fasi, Ust Kamil dari Al-Azhar..
#2:Ustazah Azlina dari Mafraq, Al-Bayt..
#3:Ustazah Husna juga dari Mafraq, Al-Bayt..

Makanan tengahari, aruz bil laham masywi(nasi daging bakar)
Munaqashah dalam kumpulan..
persembahan dialek Jordan setiap kumpulan..

Monday, April 19, 2010

Delegasi Dari Yarmouk








Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t....


Isnin-19 April 2010,Kompleks Yayasan Pahang-Sesi suai kenal bersama delegasi dari Yamouk.


Berita tentang kedatangan delegasi dari Yarmouk untuk melawat IKIP di Kuantan sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua.


Delegasi ini diketuai oleh Timbalan Presiden Akademik University Of Yamouk, Dr.Masyhur Ar-rifai`e dan juga Dekan Kulliah Syariah dan Pengajian Islam University Of Yarmouk, Dr. Muhammad Uqlah AlIbrahim.


Lawatan delegasi Yarmouk ini penting bagi menambah baik proses pengajian dan pembelajaran di dalam program kerjasama IKIP dan Universiti Yarmouk iaitu program Ijazah Sarjana Muda Syariah(ekonomi dan perbankan islam).


Para pelajar IKIP-Yarmouk berpeluang beramah mesra bersama rombongan delegasi dari Yarmouk di dalam sesi seminar yang diadakan. Sesi ini dijalankan di dalam dwibahasa, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Perkongsian melalui soal jawab ternyata memberikan banyak manfaat kepada para pelajar.


Suasana di Yarmouk,Jordan, cara pengajaran dan pembelajaran di sana semuanya diterangkan lengkap di dalam pertemuan yang singkat itu.


Jadikanlah pertemuan yang singkat bersama Dr.Masyhur dan Dr.Muhd.Uqlah itu sebagai suatu memori manis yang terpahat di minda. Dengan harapan agar apa yang dikongsikan itu dapat mencetuskan azam yang baru dalam diri para pelajar.


Sekian,


Wassalam...

*maaf jika post ini agak cacamarba dan ringkas...asif jiddan..
*Mantapkan penguasaan bahasa arab kita semua ke tahap yang lebih tinggi ya...
*bersama kita semua maju ke hadapan!!
Pengerusi majlis yang petah berkata-kata

hadirin yang turut hadir pada sesi tersebut
ucapan wakil pelajar

Dr.Masyhur Ar-Rifai`e
Dr.Muhammad Uqlah
#testing mic..A B C..-sesi soal jawab
Sesi soal jawab
bergambar kenangan bersama banin...smile!

bergambar kenangan bersama banat...
Pensyarah SOIS yang dihormati



Thursday, April 15, 2010

Tahniah!!



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Khamis-15 April 2010-Kolej IKIP telah membubarkan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sesi 09/10 dan telah melantik barisan kepimpinan MPP yang baru. Perlantikan ini melalui satu proses pilihanraya kampus yang berlangsung pada 7 April 2010.

Terdapat 13 calon merebut kerusi exco dalam pilihanraya tersebut. Tidak dinafikan mereka semua terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai matlamat dan visi yang tersendiri dalam memperjuangkan nasib mahasiswa IKIP.

Yang membanggakan, 4 daripada calon yang bertanding adalah daripada IKIP-Yarmouk. Lebih membanggakan lagi, kesemua mereka berjaya memperolehi kemenangan dan kepercayaan mahasiswa IKIP. Tahniah kami ucapkan. Semoga anda semua dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik yang mungkin

Tidak dilupakan juga kepada semua jentera kempen yang telah bertungkus lumus dalam memenangkan calon-calon kita. Sanggup bersengkang mata, kekurangan ubat stapler, kekurangan plastik poster dan pelbagai lagi halangan berjaya ditempuhi jentera kempen sepanjang tempoh berkempen. Akan tetapi semua itu berbaloi dengan kemenangan yang diperolehi calon-calon.

Sekian,


Wassalam....

*Teruskan usaha anda(MPP) dalam memacu IKIP ke arah perubahan yang lebih baik.

*HOPE AND CHANGE!



Barisan kepimpinan MPP IKIP 10/11

Yang Di-Pertua : Abdul Fatah Muzammil
Timbalan Yang Di-Pertua 1 : Muhammad Syamil Mohd Ali
Timbalan Yang Di-Pertua 2 : Nur Basirah Borhanuddin
Setiausaha Agong : Daing Syaza Fadhilah Daing Mansor
Penolong Setiausaha Agong : Sarah Athirah Saruchi
Bendahari Agong : Noraniza Hashim
Penolong Bendahari Agong :Nor 'Aishah Saharuddin
Ketua Biro Akademik&Disiplin : Muhammad Haffiz Ramli
Penolong Ketua Biro Akademik&Disiplin : Nur Gemala Sari
Ketua Biro Kerohanian&Kebajikan : Muaalim Sulaiman
Penolong Ketua Biro Kerohanian&Kebajikan : Siti Hafsha
Albasri
Ketua Biro Perhubungan Awam : Wan Rahmah Hassan
Penolong Ketua Biro Perhubungan Awam : Yusry Razaly
Mohamed Farhan
Mohamed Jamal
Penolong Ketua Biro Penerbitan&Publisiti : Hadri @ Hardi
Othman
Ketua Biro Sukan&Rekreasi : Mohamad Shafiuddin
Jamaluddin
Penolong Ketua Biro Sukan&Rekreasi : Mohd Naqiuddin
Mohd Nozri



Jentera kempen yang sibuk menyiapkan poster

strategi:
pasang poster di setiap sudut dan laluan orang ramai..he3




antara jentera kempen yang bekerja sampai larut malam..hebat!

#starategi pemasangan poster yang mantop!!







Friday, April 2, 2010

Karnival Sukan IKIP 2010



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Jumaat-2 April 2010-Sejarah mula ditulis apabila IKIP sekali lagi telah berjaya menganjurkan pertandingan yang paling berprestij iaitu Karnival Sukan Ikip 2010.

Penyertaan dibuka kepada semua kampus IKIP:Ikip 1, Ikip 3, Ikip 5 dan juga Ikip Bentong.

Yang menariknya, sukan kali ini juga dibuka kepada seluruh sekolah menengah sekitar Kuantan dalam acara futsal.

Sambutan sepanjang karnival sukan amat menggalakkan. Ahli Permaiya sendiri pun semestinya tidak melepaskan peluang dalam menyertai karnival sukan ini.

Kesemua ahli Permaiya bertanding mewakili kampus Ikip 5. Banyak juga acara yang dimenangi ahli Permaiya. Syabas dan tahniah buat mereka.

Antara acara outdoor yang dipertandingkan:bola padang, futsal, bola tampar, sepak takraw dan bola jaring
Antara acara indoor:gusti lengan, dart, carrom, congkak dan ping pong

Karnival Sukan IkIp 2010 ini melabuhkan tirainya pada 11 April 2010(Ahad). Juara keseluruhan dimenangi oleh kontinjen dari IKIP 3.

Kemenangan yang berjaya dirangkul IKIP 5:
*Piala pusingan Bola sepak padang
*Piala pusingan Ping-pong
*tempat ke-2 badminton
*tempat ke-3 dart
*tempat ke-3 gusti lengan
*tempat ke-4,ke-3 congkak

Sekian,

Bak kata pepatah arab"al aqlus salim fi jismi as salim"
(akal yang cergas datang dari tubuh yang cergas).

Wassalam.....

+diharap kejayaan ini akan berkekalan untuk tahun yang mendatang
+minta maaf pada sesiapa yang tiada gambarnnya di dalam ini ya...
Doa senjata kami!
Tidak melepaskan peluang berniaga..manyak fulus la..
Sebahagaian penonton yang hadir
Pasukan Bola sepak padang No.1!
No.1!
Badminton beregu..
Main congkak pun stress jugak kadang-kadang..hu2
Merancang perlawanan..
"ingat..bile dapat bola, trus je spike!..ok?!", firdy
Team Bola Tampar Ikip 5 B
Team Bola Tampar Ikip 5 A
Jagoan ping pong perempuan
Smart lagi bergaya..permainan mantap dari jagoan ping pong lelaki
Majlis Penutupan
Dinobatkan sebagai Juara piala pusingan bola sepak
Gigit medal sebab tak de makanan kat rumah..huhu



Wednesday, March 31, 2010

Haflah Takrim


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t....

Rabu-31 Mac 2010-bertempat di Room 5. Acara gilang-gemilang tahunan persatuan Permaiya, Haflah Takrim, telah diadakan. Sememangnya majlis yang dinanti-nantikan buat semua.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pelajar yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan semester mereka yang lepas. Di mana secara tidak langsung memberikan suntikan pada rakan-rakan yang lain untuk cemerlang bersama-sama di masa yang akan datang.

Pencapaian akademik para ahli Permaiya amatlah membanggakan, di mana mereka telah menunjukkan peningkatan yang mendadak di dalam peperiksaan semester mereka yang lepas.

Majlis ini turut dihadiri oleh semua barisan pensyarah dari Sekolah Pengajian Islam(SOIS).

Majlis diadakan dengan simple tapi penuh bermakna.

Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku pada permulaan namun
persembahan multimedia yang menarik ternyata berjaya menawan semula hati para tetamu yang hadir.

Majlis yang bermula jam 10.00 pg itu akhirnya melabuhkan tirainya pada jam 11.30 tgh.

Majlis ditangguhkan dengan jamuan makan tengah hari special untuk semua yang hadir.

Sekian, Wassalam..

*Terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana yang menjayakan program kali ini..syabas!
*Moh kita sama-sama cemerlang lepas ni!


Penyampaian cenderamata kepada ust Rashimi sebagai kenang-kenangan daripada pengarah Haflah Takrim.


wajah-wajah ceria penerima anugerah
banat cemerlang..mahasiswa terbilang!
banat pujaan banin sem 2.he2(gurau je)

Jiwa membara!...
tgok r sem depan guane..kami plok dapat nanti..huhu

istareh ..