Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Sudah berminggu lamanya blog ini sunyi dari khabar beritanya. Berminggu juga lamanya sudah kami semua(sem 2&sem 4) menamatkan pengajian kami di IKIP International College bagi sesi 09/10. Tahniah diucapkan buat semua ahli Permaiya. Tahniah juga buat semua senior yang berjaya mengharungi 2 tahun pengajian di IKIP dengan jayanya. Selamat maju jaya di Universiti Yarmouk nanti untuk tahun pengajian yang berikutnya. Nanti kami pula ya..he2. Amin..
Banyak Cerita
Banyak yang telah berlaku dalam masa perkenalan kita dalam dua tahun ini. Ada suka, ada duka, ada pahit, ada manis, tetapi apabila semuanya digaul dan dicampur dengan karenah-karenah kita, semuanya menjadi satu ramuan unik yang hanya kita yang mampu merasainya. Banin dan banat, keduanya sama sahaja. Ada sahaja peristiwa yang mencuit hati, yang mengguris hati dan bermacam lagi. Itulah kita. Unik!
Ada juga aktiviti yang dijalankan semenjak dari selepas tamatnya imtihan nihaie kita. Pembubaran MT Permaiya, Haflah Wida`, Baktisiswa dan Lawatan ke Kuala Lumpur. Maaf buat semua kerana saya tidak dapat menulis post aktiviti tersebut dengan terperinci. Biarlah gambar yang saya sertakan sahaja yang menceritakannya ya.
Aktiviti Semasa Cuti
Rata-rata rakan-rakan semuanya bekerja menempuh cuti semester selama 4 bulan ini. Tidak kurangnya ada juga yang pergi menuntut ilmu. Ada juga yang menjadi fasilitator KIBA. Ada juga yang menjalankan amanah sebagai MPP IKIP. Apa yang penting adalah setiap pekerjaan itu dilakukan dengan istiqamah.
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah
- beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan
- beriltizam. (Fusshilat : 30).
2) Kelebihan Istiqomah :
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati : - sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).
Pengajaran hadis:
(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.
Dup dap..dup dap..
Bila result keluar?Minggu depan?Bulan depan?..
Tarikh sebenar masih lagi menjadi tanda tanya.
Jadi, dalam fatrah penantian kita semua result final exam, perbanyakkanlah tawakkal kita kepada Allah, mudah-mudahan kita semua berjaya mendapat keputusan yang dinginkan. Doa sebagai ikhtiar terakhir kita setelah menggembleng segala tenaga dan usaha kita.
Akhir kata, selamat menempuh cuti semester antum semua dengan jayanya dan all the best untuk result kita semua. Saya akhiri post kali ini dengan pantun special untuk seniors.
DARI MANA HENDAK KEMANA,
TINGGI RUMPUT DARI KEPADI,
HARI MANA BULAN YANG MANA,
DAPAT KITA BERTEMU LAGI
ORANG ACEH SEDANG SEMBAHYANG,
HARI JUMAAT TENGAH HARI,
PERGILAH KASIH PERGILAH SAYANG,
PANDAI-PANDAI MENJAGA DIRI
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI..
Sekian, wassalam..
*gambar tidak banyak di upload disebabkan kekurangan sumber..maaf ya.
haflah wida`..seniors bersama para pensyarah yang disayangi..
Baktisiswa Gemilang 2010..persembahan silat anak-anak Kg.Spg.Sepayang..
Baktisiswa Gemilang 2010..majlis penyerahan anak angkat
Baktisiswa Gemilang 2010..Tok Pat
Lawatan Sambil belajar ke Kuala Lumpur 2010..
kubah di dalam Muzium Kesenian Islam Malaysia
0 ulasan:
Post a Comment