Wednesday, March 31, 2010
Haflah Takrim
Monday, March 22, 2010
Karnival Intelek
Tema karnival tersebut ialah "Mahasiswa Mendepani Perubahan". Program ini adalah anjuran MPP IKIP dengan kerjasama persatuan-persatuan berdaftar di kolej IKIP. Sepanjang karnival ini dijalankan, pelbagai acara telah diatur dan dijalankan. Antaranya debat ala parlimen, forum, sajak intelektual, irama malaysia, syarahan, unity concert dan berbagai lagi.
Sambutan setiap aktiviti yang dijalankan adalah menggalakkan. Uniknya Karnival Intelek 2010 ini ialah ia menitik beratkan kepada peningkatan intelektual bukan sahaja dari segi akademiknya malahan dari segi aktiviti luaran. Selaras dengan itu, jawatankuasa pelaksana telah menjalankan beberapa acara sukan rakyat.
Tahniah juga diucapkan pada kontinjen dari Permaiya yang berjaya merangkul kejuaraan di dalam kebanyakan acara yang dijalankan.
Karnival Intelek 2010 melabuhkan tirai penutup pada hari Sabtu bersamaan 27.03.10 dengan acara kemuncak iaitu Unity Concert, yang mana IN-TEAM dan Aiman merupakan artis yang menjayakan malam penutupan itu.
Sekian,
Wassalam...
*maaf atas kelewatan post dan juga kerana tiada stock gamba yang menarik
*tahniah juga buat ahli Permaiya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam karnival tersebut
Sunday, March 21, 2010
Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualikum w.b.t...
Ahad-21 Mac 2010-Seawal jam 4.30 pagi, kami(ahli permaiya) sudah siap tercegat di depan hostel masing-masing. Banin(pelajar lelaki) di depan perkarangan ikip 5 dan Banat(pelajar perempuan) di depan casa sonati. Menandakan kami sudah bersiap sedia untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang bertempat di PWTC.
Kami seramai 39 orang sambil diiringi 1 pensyarah.
Tepat jam 5 pagi, kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur diiringi bacaan doa menaiki kenderaan.
Misi jelajah ke Kuala Lumpur itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan koleksi buku yang jarang didapati di seantero bumi Kuantan ini.
Terutama buku-buku rujukan bahasa arab untuk memantapkan lagi pemahaman muqarrar(silibus) kami.
Penat kami bersiar selama sehari suntuk mencari buku.
Tepat jam 6 ptg, kami berkumpul dan bersiap untuk pulang ke Kuantan.
Pesta buku kali ini meriah. Ramai pengunjung yang berduyun tiba.
Buku banyak juga kami beli.
Supaya menjadi rujukan kami di kemudian hari.
Sekarang, tinggal kami sahaja untuk membacanya.
So, apa lagi?
Jomlah membaca!
Fest Book atau Book Fest?..he2
Sekian, Wassalam...
*Terima kasih tidak terhingga pada jawatankuasa pelaksana Pesta Buku kali ini..Syabas!


Sunday, March 14, 2010
Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010
Bismillahirrahmanirrahim...
Kami ahli Persatuan Mahasiswa Ikip-Yarmouk seramai 38 orang tidak ketinggalan daripada menyertai konvensyen tersebut untuk menimba ilmu pengetahuan berguna dalam mendepani tribulasi dalam zaman yang serba moden ini.
Trip kami ke Shah Alam tersebut terasa seakan dinaungi rahmatNya, yang mana dizahirkanNya kepada kami dalam bentuk keadaan cuaca dan kesihatan yang baik.
Tepat jam 6.30 ptg, pacuan 4 roda bas Pak Wan pun bergerak dari Casa Sonati menuju ke destinasi(Shah Alam). Trip kami diserikan lagi dengan pelancaran tali kad nama yang baru oleh pengarah program konvensyen(saudara Suhaib) di dalam perjalanan.
Setelah selesai semuanya, kami bersama dengan bas Pak Wan meluncur laju membelah kesunyian lebuhraya karak ke sebuah kampus IKIP di Bentong untuk bermalam di sana.
Perasaan teruja dan gembira jelas terpancar di wajah kami semua setibanya di IKIP Bentong. Semestinya begitu kerana ia merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana.
Kami tiba di sana tepat jam 10.30 mlm(2 jam lewat dari jadual..he2). Selepas itu, kami terus dibawa ke dewan utama di sana bagi mendengar sedikit taklimat keselamatan dari warden yang bertugas sebelum kami ditempatkan di bilik yang telah ditetapkan. Kami pun tidur.
"Ring..ring", bunyi alarm clock telah pun berbunyi seawal jam 3.00 pg. Kata-kata semangat daripada Suhaib di dalam bas ternyata yang memberikan impak besar kepada kami semua. Buktinya, seawal jam 3.45 pg, kami telah pun siap terpacak menunggu di depan pintu bas.
Kami berpakaian formal kemas sejak awal pagi lagi. Satu pujian harus diberikan di atas semangat itu. Perjalanan ke Shah Alam diteruskan pada jam 4 pg.
Kebanyakan kami masih lagi tertidur di dalam bas semasa kami tiba di Shell Kesas. Solat subuh di situ.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Masjid Negeri seawal jam 7.00 pg dan bersarapan di kawasan berhampiran masjid tersebut. Kami mendaftar masuk ke konvensyen pada jam 8.30 pg.
Kebanyakan peserta program terdiri daripada golongan elit, bekerja dan pegawai-pegawai di institusi perbankan.
Jam 9.00pg, konvensyen kewangan yang dinanti-nantikan pun bermula dan tamat kira-kira jam 5.30 ptg.
Pengisian konvensyen itu lebih memfokuskan kepada isu-isu dan cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan sistem perbankan islam daripada aspek individu sehinggalah kepada pengurusan di dalam sesebuah institusi perbankan.
Ditambah pula, talk yang disampaikan adalah daripada golongan mereka yang pakar di dalam bidang tersebut.
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
SIDANG 1
Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia
Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Balachandran A. Shanmugam
Pengarah Jabatan Perbankan dan Kewangan
University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor
Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
Oleh : YA. Dato’ Haji Muhammad Asri bin Abdullah
Hakim Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
SIDANG 2
Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia
Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
Oleh : YBhg. Dato’ Haji Mokhtar bin Shafie
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.
Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
Oleh : Dr. Azman bin Mohd. Noor
Jabatan Fiqh dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM /Ahli Penasihat Syariah MNRB Re- Takaful Berhad
SIDANG 3
Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum
Oleh : Tuan Haji Mohd. Zamerey bin Abdul Razak
Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank
Oleh : Ustaz Haji Zaharuddin bin Muhammad
Ahli Penasihat Syariah, HSBC Amanah Takaful
Kertas 9: Pemilikan Saham dan Ekuiti: Isu- isu Semasa Syariah
Oleh : Dr. Rusni Hassan
Kuliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sebelum bertolak pulang, sesi bergambar bebas berlangsung. Kami bergaya habis-habisan sementara menunggu bas Pak Wan datang menjemput kami. Tepat jam 6.40 ptg, bas pun tiba. Kami semua pulang dengan perasaan gembira dan semestinya membawa satu pengalaman yang penuh bermakna dan sukar dipercayai.
*Terima kasih kepada semua ajk yang menjayakan program kita kali ini.
*Gunakanlah semua ilmu kewangan dan perbankan yang kita perolehi dengan sebaiknya dengan mengajarkannya pada yang lain.
*Kita mulakan dulu sistem kewangan islam itu dari dalam diri kita.
*Ingat!Simpan sijil anda elok-elok ye...
wallahua`lam...
Tidak Ketinggalan!..antara peserta perempuan yang hadir (syamil):kroihh..kroihh..
(alip):pssst..weh, syamil, ko wat pe tu?...
Sunday, February 28, 2010
Berkunjung ke Taman Kurnia
Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim..
Sabtu, 27.02.2010, ahli persatuan mahasiswa Ikip-Yarmouk(Permaiya) telah dijemput oleh KRT Taman Kurnia Jaya untuk bersama-sama memeriahkan majlis gotong royong & jamuan perpaduan yang dianjurkan mereka.
Program yang bermula seawal 7.45 pagi itu dimulakan dengan sarapan pagi dan ucapan perasmian oleh pengerusi KRT Taman Kurnia.
Ketibaan pelajar Ikip-Yarmouk pada pukul 8.30pagi disambut dengan meriah warga kampung. Kawasan gotong-royong dibahagikan kepada 4 kumpulan yang masing-masing diketuai oleh AJK KRT sendiri. Program berjalan sambil diiringi muzik-muzik kontemporari. Semua peserta kelihatan begitu bersemangat ketika diiringi muzik yang dimainkan.
Program diserikan lagi dengan ketibaan pihak Bomba dan Majlis perbandaran Kuantan(MPK).
Keadaan cuaca yang panas mendung tanda rahmat Allah s.w.t sepanjang program dijalankan membantu dalam kelancaran program kali ini. Syukur. Yang menariknya, program ini turut disertai kaum Cina menandakan kesepakatan yang erat antara penduduk.
Sekitar jam 1 petang, program diakhiri dengan sua kenal bersama ajk KRT dan jamuan makan tengah hari. Semua peserta pulang dengan senyuman. Kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang...k
wassalam..
(Kita dalam rancangan ape adik-adik?...mari mengecat!..peace!)
(Kuasa tolakan air yang mampu menghilangkan terus kotoran yang ada di badan anda..cubalah!)
(uncle..kami nak ang pow lepas bergambar ni ye..he3)
(huh?pe?kt ne?ok2..Roger and out!)
(kawan da tak sanggop..kawan nak makan da..lapo da ni)
(k.nab,.ckup ke tuk kite ni?..k.nab:tak pe dik..hidup ni kite kene la byk memberi..hu2)
(bergambar kenangan bersama KRT dan warga Taman Kurnia)
Friday, February 26, 2010
Kursus Kepimpinan Pemantapan Oraganisasi 2010
Khamis,25.02.10-Kompleks Yayasan Pahang, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa IKIP telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemantapan Organisasi 2010. Tujuan utama diadakan kursus ini adalah bertujuan untuk memupuk kerjasama dan kefahaman yang mendalam di antara persatuan-persatuan yang berdaftar di kolej IKIP dengan pihak pengurusan IKIP. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi (MT) di dalam setiap persatuan di kolej IKIP. MT Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) juga turut hadir sebagai peserta memeriahkan program.
Sunday, February 21, 2010
pasukan nasyid ke Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim..
Jumaat, 19.02.2010 , Kolej Ikip telah menghantar 3 pasukan nasyid ke pertandingan Piala Rabbani yang diadakan di Taman Tamdun Islam. 3 pasukan itu ialah nur iman(pertama),The Zikr(Yarmouk),In Soft(Yarmouk).
Apa yang membanggakan ialah 2 daripada kumpulan tersebut adalah daripada kalangan ahli Permaiya.
Para penasyid Ikip tiba sehari awal sebelum pertandingan ke Kuala Terengganu membuktikan kesungguhan mereka merangkul Piala Rabbani siri-1 tahun ini. Mereka diiringi Cik Fairuz selaku 'pencungkil bakat' dalam diri anak-anak muda ini. Terima kasih buat beliau.
Persediaan yang mantap dari kumpulan-kumpulan penasyid ini telah ditunjukkan mereka semasa di dalam peringkat latihan lagi.
Paduan suara yang bertenaga dan alunan harmoni backup mereka dimantapkan lagi setibanya mereka di Mawar Homestay.
Pertandingan yang diadakan pada hari keesokan harinya, sabtu, diserikan dengan pelbagai jenis fesyen pakain dari kumpulan yang bertanding. Terdapat 28 kumpulan yang mengambil bahagian.
Kumpulan Nur Iman dan kumpulan In Soft dapat giliran pada pagi manakala The Zikr pada sebelah petang.
lagu yang dibawa mereka, nur iman(pergi tak kembali), In Soft (habiballah Rasulullah), The Zikr(sahabat sejati). Wakil Ikip dikatakan paling memberi saingan di dalam pertandingan tersebut(menurut seorang budak 5 tahun yang ditemu ramah krew Permaiya).
Pertandingan diadili seadil-adilnya termasuklah seorang komposer terkenal nasyid Ito Lara.
Acara penutup diakhiri dengan nyanyian mantap kumpulan Rabbani. Penyampaian hadiah diadakan selepas itu.
Piala Rabbani jatuh ke tangan All For Ummah dari SMKA(tak igt sek mana). Adat pertandingan ada menang dan ada kalah. In Soft dan The Zikr telah melakar satu sejarah yang 'baru' di bumi Terengganu itu dengan berjaya mewakili dan mengharumkan nama Ikip di sana. Sekurang-kurangnya mereka telah berusaha. Tahniah buat mereka..
wassalam.
(Barisan mantoop kumpulan The Zikr)
(urusetia dan juri yang terdiri daripada kalangan yang terbaik di dalam industri nasyid)
(acara penutup diserikan dengan nyanyian dari Rabbani)
Wednesday, February 3, 2010
Anda Semakin Matang Bila...
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


